Gitar tujuh tali

Gitar elektrik tujuh tali jenis Ibanez RG7321BK.

Gitar tujuh tali ialah sejenis gitar yang mempunyai tujuh tali berbanding gitar biasa yang mempunyai enam tali. Sesetengah gitar tujuh tali dikhususkan kepada kebudayaan sesetengah kaum tertentu seperti gitar Rusia dan gitar Brazil. Penalaan piawaian bagi gitar tujuh tali ialah BEADGbe.

Gitar elektrik tujuh tali digunakan dalam sesetengah gaya muzik, namun gaya-gaya yang paling popular adalah metal (terutamanya nu metal). Artis rock/metal seperti Born of Osiris, Chelsea Grin, Fear Factory, Steve Vai, Scribe, Dream Theater, Trivium, Eccentric Pendulum, Undying Inc, Korn, Deftones, Suicide Silence, Behemoth, Periphery, Nevermore, TesseracT, Textures, Mucc, Revocation, Rivers Of Nihil dan Obscura kesemuanya telah bereksperimentasi dengan gitar tujuh tali selama ini dalam beberapa album. Artis jazz seperti George Van Eps, Bucky Pizzarelli, Howard Alden, Ron Eschete, Chance Russell, dan Lenny Breau juga menggunakan gitar 7 tali.

Tali ketujuh ditambah bagi memanjangkan banjaran bass gitar 6 tali moden yang terhad. Tali ini lazimnya ditambah melalui dua cara berbeza. Cara pertama dan paling lazim ialah dengan melebarkan bahagian leher gitar. Cara kedua pula ialah membiarkan lebar leher tali kekal sama tetapi jarak antara tali dipendekkan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search